
kumpulan Animal rights PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) hari ini berkata mahu mencipta sejenis makanan vegetarian yang pelik dari ekstrak peluh aktor George Clooney yang diambil dari gym towel yang beliau gunakan.
organisasi itu telah menulis kepada aktor tersebut dgn memberitahu, teknologi yang telah sedia ada ini akan diambil dari sampel peluh untuk menjadikannya tofu (tauhu) yang diberi nama CloFu. kata mereka lagi, dengan cara ini bukan saja peminat dapat merasa peluh aktor pujaan mereka sendiri malah akan menarik perhatian orang ramai yang selama ini belum pernah memakan tofu untuk mencubanya.
ini diakui oleh dua orang profesor dari dua universiti yang berbeza. menurut Dr. Kevin Keener dari Purdue University, semua haiwan (termasuk manusia) mempunyai profil odor yang tersendiri. manakala Dr. Harry Lawless dari Cornell University pula berkata sampel dari peluh manusia itu sama saja caranya dengan membuat perisa ayam tiruan dalam masakan seharian kita.
menurut PETA lagi, Cheese-scented CloFu boleh digunakan sebagai topping kepada pizza atau dimasak bersama lasagne. CloFu juga akan membantu manusia untuk menjadi lebih sihat, lebih environmentally friendly dan menghadkan jumlah penyembelihan haiwan untuk dimakan.
walau bagaimanapun apabila ditanya kepada Clooney sendiri tentang cadangan PETA itu, jawapannya ringkas. "sebagai mamalia, saya berang."
hahahah...
ps: aku terangsang seketika bila mendengar pasal peluh nih. tak tahulah kenapa....